Wednesday, February 25, 2009

Sejarah

TERENGGANU DARUL IMAN

Negeri Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50. Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadan dengan Kelantan ; manakala di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang.

Keluasan negeri Terengganu sekarang kira-kira 1,295,638.3 hektar / 1.295,512.1 hektar. Jaluran pantainya menganjur sejauh 225 kilometer dari utara ( Besut ) ke selatan ( Kemaman ). Sebelum tahun 1947 terdapat sembilan daerah di Terengganu ; Kuala Terengganu, Kemaman, Kemasik, Paka, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Besut Dan Setiu. Daerah dalam Negeri Terengganu dikurangkan kepada enam: Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu Dan Besut. Kemudiannya pada 1 januari 1985, sebuah daerah baru iaitu Setiu telah dibentuk dan menjadikan ketujuh di negeri Terengganu. Tiap-tiap daerah ini di tadbirkan oleh Pegawai Daerah. Keluasan daerah tersebut : Kuala Terengganu,60,654.3 hektar ; Kemaman, 253,559.9 hektar ; Dungun, 273,503.1 hektar ; Marang, 66,654.3 hektar ; Hulu Terengganu, 387,462.6 hektar ; Setiu, 130,436.3 dan Besut, 123,367.8 hektar. Penduduk Terengganu bertambah dari setahun ke setahun. Pada tahun 1912 penduduk Terengganu berjumlah 153,765 orang. Pada tahun 1951 seramai 236,300 orang. Seterusnya meningkat lagi pada tahun 1959 ke angka 278,147 orang dan tahun 1960 seramai 306,942. Pada tahun 1963 berjumlah 339.816 orang dan pada tahun 1970 berjumlah 405,751 orang. Jumlah seterusnya meningkat pada tahun 1990 ke angka 756,300 orang. Kini (1998 ) penduduk Terengganu kira-kira 1 juta orang. Daripada jumlah ini 90 peratus adalah orang Melayu dan bakinya terdiri daripada orang Cina dan India.

Ibu negeri Terengganu ialah Kuala Terengganu. Kegiatan utama ekonomi ialah perikanan. Hasil petrolium menguatkan lagi ekonomi negeri.

Terengganu Darul Iman

Monday, February 16, 2009

WWW.MASKAWIN.COM


SELAMAT DATANG

Selamat Datang!!

URL agen anda : http://www.maskahwin.com/index.php?ref=akmalbidin

Terima kasih kerana telah sudi menyertai program affiliate kami. Diharapkan, program ini dapat memberikan manfaat serta membantu anda meningkatkan pendapatan anda bagi memenuhi keperluan hidup pada masa ini. Program ini adalah merupakan program tanpa risiko, ini kerana, anda tidak perlu mengeluarkan sebarang modal untuk menyertai program ini.

Oleh itu, tiada risiko kehilangan modal. Sebagai agen, anda juga tidak diwajibkan untuk membeli buku ini. Tugas anda, hanyalah perlu mempromosikan URL/Banner/Butang/Iklan yang telah disediakan. Anda hanya perlu meng"copy & paste" sahaja koding yang telah disediakan. Segala urusan pengesahan bayaran, pembungkusan dan penghantaran akan diuruskan oleh pihak kami, iaitu Extreme D Enterprise.


Tajuk : Maskahwin Yang Hilang
Description : Panduan Mengumpul Wang Perkahwinan Untuk Bakal Pengantin
Penulis : Mohd Suhaimy
Format : Ebook
Harga : RM20

Mencari Cinta....

Salam...

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......
.
.
.
.
.
.
.

Kesimpulannya... janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini.
Kalau dah dapat yang rasa macam ok jer tu.. rembat je cepat..

Lepas tu, cepat-cepat kumpul duit kahwin dan langsungkan perkahwinan..
Kalu tak cukup duit nak buat kahwin, jangan risau, boleh gi website



PPIK MASJID PAKA





PPIK Masjid Paka terletak di dalam kawasan Masjid Paka dan berhampiran dengan Pustaka Desa Masjid Paka.Bangunan ini baru didirikan di dalam kawasan masjid. Dan siap dibina pada bulan November tahun lepas. Perkhidmatan yang disediakan adalah Percuma...

ALAMAT PPIK:
PUSAT PERKHIDMATAN & ILMU KOMUNITI(PPIK) MASJID PAKA
D/A PERPUSTAKAAN DESA MASJID PAKA,
23100 PAKA DUNGUN TERENGGANU

NAMA PENYELIA:KHADIJAH AKMAL BINTI ZAINAL ABIDIN
TEL:0139906952

EMAIL:ppikmasjidpaka_Trg@yahoo.com.my

Jadual Operasi PPIK...

SABTU HINGGA RABU---8.45 PG-5.30 PETANG
KHAMIS DAN JUMAAT TUTUP

Sunday, February 15, 2009

Residence Resort

Paka / Terengganu









Rate valid till 31 Mar 2009


Single
Twin
Deluxe or Superior with Breakfast

RM 238.00 nett
RM 248.00 nett
Chalet with Breakfast

RM 248.00 nett
RM 258.00 nett
Executive Suite with Breakfast

RM 415.00 nett
RM 415.00 nett

All rates are nett quoted in RM and INCLUDED 5% government tax & 10% service charge.
Extra bed is chargeable at RM 45.00 nett per unit per night.
Extra bed is chargeable at RM 55.00 nett per unit per night with Breakfast.

Surcharge of RM 35.00 per room per night on School, Eve & Public Holidays.



ADDRESS
Lot 473, Kampong Cacar, Paka, Terengganu, Malaysia.



INFORMATION
Rating : 3 star
Check-in time - 14:00pm
Check-out time - 12:00nn



ROOM AMENITIES
70 luxurious room, 1 bungalow and 9 suites overlooking the beach front and the fishing village. Fully air-conditioned and spacious rooms with balcony, TV, in-house video and coffee/tea making facilities..



FACILITIES
Fully equipped business centre, gymnasium. Swimming and wading pool with jacuzzi, plus a spacious poolside area for total relaxation



CONFERENCE & BANQUET
For those looking for a quite productive meeting or conference, the Dewan Samudra and 7 other private rooms which can accommodate from 10 persons to 200 persons are available to cater to your needs, be it for private banquet functions, meeting or seminars.



FOOD & BEVERAGE
Coffee House for a la carte and buffet spread for breakfast, lunch and dinner.



GETTING AROUND
Residence Resort Paka is built on the sea front on 4 acres of land. It is 15km north of Kerteh, 100km north of Kuantan and 106km south of Kuala Terengganu. It is accessible by road and by air..





Home | About Us | Best Tour Operator | Transportation | Malaysia Hotels & Resorts





Ping Anchorage Travel & Tours Sdn. Bhd.
77A, Jalan Sultan Sulaiman, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
Tel : (609) 626 2020 Fax : (609) 626 2022 / 622 8093 E-mail : patrvl@tm.net.my
(KKKP2117/209874W)



other office : Kuala Lumpur | Penang | Kuantan | Kota Bharu

COPYRIGHT © PING ANCHORAGE . ALL RIGHTS RESERVED

Saturday, February 14, 2009

Paka,Terengganu



SUATU ketika dulu, Paka hanyalah perkampungan nelayan di daerah Dungun, Terengganu.Berikutan peredaran waktu, ia kini membangun pantas seiring dengan kesan pembinaan kompleks petroleum di bandar Kerteh, terletak berhampiran. Nikmat pembangunan yang dikecapi turut membawa limpahan ekonomi kepada penduduk tempatan. Berbanding 60 atau 70 tahun lalu, Paka kini mempunyai beberapa hotel penginapan. Asalnya, ia dibina untuk menampung permintaan daripada pekerja industri berkaitan gas dan petroleum, kini ia mendapat tempat di kalangan pelancong.
Latar konkrit dengan prasarana moden bagaimanapun, masih tidak mengikis wajah perkampungan tradisional di sekitar Paka.
Kesibukan bot nelayan ke laut lepas adalah pemandangan biasa yang menjadi nadi ekonomi penduduknya.
Jika tidak meredah gelombang lautan, nelayan mengisi masa membaiki jala dan bot, manakala kaum wanitanya sibuk memproses udang dan ikan untuk dijadikan produk makanan kering.
Amat mudah juga untuk bertemu dengan keropok lekor - hidan
gan popular di pantai timur.
Untuk menyaksikan warna-warni kehidupan masyarakat nelayan ini, pengunjung boleh menyertai pakej ‘river cruise’ Sungai Paka tidak jauh dari pusat bandar kecil ini.
Sungai terletak 30 kilometer (km) dari Kuala Dungun ini kini popular sebagai salah satu tarikan pelancongan di Terengganu.
Hutan paya bakau yang masih terpelihara berhampiran kawasan kuala ini menjadi kediaman kepada pelbagai spesies flora dan fauna.
Kebanyakan warga tempatan gemar berkunjung ke sungai ini bagi melepaskan gian atau mencuba nasib untuk menaikkan udang galah.
Sepanjang perjalanan menyusuri sungai ini, pengunjung pasti terpesona dengan kehadiran pelbagai spesies burung yang menjadikan hutan bakau ini sebagai kediaman mereka.
Kelibat helang, enggang dan bangau juga sering kelihatan di tebing sungai menanti rezeki mereka.
Jika anda bernasib baik, anda akan berpeluang untuk mengambil gambar burung yang bertenggek di dahan pokok.
Ada kalanya, ia akan berlegar di permukaan air sebelum terbang rendah, melancarkan serangan hendap terhadap ikan, ular atau unggas yang menjadi sumber makanan.
Di beberapa kawasan, pengunjung dapat menyaksikan dusun dengan pelbagai pohon buah-buahan tempatan termasuk limau, durian, manggis, langsat, duku dan rambutan.
Tambah menarik, apabila melihat pelbagai warna buah yang berjuntaian di pohon berdekatan tebing sungai.
Selain godaan udang galah dan pelbagai spesies ikan, rata-rata pengunjung terutama yang datang dari luar Terengganu mengunjungi Sungai Paka semata-mata untuk melihat pemandangan kelip-kelip, setanding
dengan apa yang didapati di Sungai Yakyah di Kampung Ibok, Kijal.
Mereka yang berhasrat untuk melihat keajaiban unggas yang turut dikenali dengan nama kunang-kunang ini hanya boleh menyaksikannya selepas senja.
Kerlipan unggas merubah pemandangan pohon bakau sehingga menjadikannya tidak ubah seperti pohon Krismas di sepanjang tebing Sungai Paka.
Jadi, apa lagi, hubungi hotel penginapan sekitar Paka, untuk menyertai pengalaman seumur hidup ini

Tuesday, February 3, 2009

PPIK

PUSAT PERKHIDMATAN ILMU KOMUNITI

"PPIK bertindak sebagai pusat sehenti dalam bidang ICT bagi meningkatkan mutu hidup masyarakat luar bandar.

PPIK membolehkan mereka berhubung denngan dunia luar, menimba illmu dan melaksanakan pelbagai urus niaga elektronik seperti Kerajaan Elektronik (e-Goverment), e-dagang dan pembelanjaran menerusi e-learning dengan menggunakan kemudahan internet jalur lebar yang disediakan"

PENGENALAN

Paka terletak di Terengganu, kira-kira 100 km di selatan Kuala Terengganu. Tempat berhampiran dengan Paka ialah Kerteh, Marang, Tanjong Jara, Kampung Labohan, Merchang dan lain-lain. Sungai Paka mengalir dari Bukit Patang (629 m) dan Gunung Ulu Bakar (1391 m). Pantai Paka yang berkelok menghadap Laut China Selatan. Terdapat perkampungan nelayan di sepanjang pantai Paka.
Paka pesat membangun hasil perlombongan petroleum dan gas asli di luar pantai Terengganu, berhampiran Kerteh. Petronas dipertanggungjawabkan untuk membangunkan kawasan Kerteh dan Paka. Penduduk Loji Penapis Minyak Terengganu yang besar dan panjang terletak di sini. Kawasan Perindustrian Petronas, Taman Industri Paka dan Kawasan Perindustrian Chachar dibangunkan bagi menampung keperluan pekerjaan dan ekonomi penduduk.
Stesen Janaelektrik Sultan Ismail, stesen janakuasa terbesar di Malaysia, terletak di Paka dan dikendalikan oleh Tenaga Nasional.

Text Widget

Text Widget