Sebelum itu, fahami hadis di bawah:
Abu Dzar al-Ghafiri ra. menerangkan bahawa: Kami berpuasa bersama Rasulullah s.a.w. dalam bulan Ramadhan. Baginda tidak bersolat (Terawih) bersama kami sehingga baki tujuh malam terakhir. Lalu (pada malam tersebut) baginda bersolat (Terawih) bersama kami sehingga sepertiga malam. Kemudian baginda tidak bersolat (Terawih) bersama kami pada malam keenam (sebelum akhir Ramadhan). Baginda bersolat (Terawih) bersama kami pada malam kelima (sebelum akhir Ramadhan) sehingga seperdua malam. Maka saya (Abu Dzar) berkata: “Ya Rasulullah, alangkah baiknya jika kamu memberi keringanan kepada kami pada malam ini.” Rasulullah menjawab: “Sesungguhnya sesiapa yang bersolat (Terawih) bersama imam sehingga selesai, maka Allah Menulis baginya (ganjaran seumpama) bersolat sepanjang malam.”
[H.R. An-Nasa'i]
Kesimpulan:
Solat dengan imam: terawih (8 rakaat) + witir (3 rakaat) = 11 rakaat = solat sepanjang malam
atau
Solat dengan imam: terawih (20 rakaat) + witir (3 rakaat) = 23 rakaat = solat sepanjang malam
Bagaimana solat 6 rakaat dan dapat pahala seperti solat sepanjang malam?
“Barangsiapa mengerjakan solat Isyak (4 rakaat) dengan berjamaah, maka dia seperti berdiri (solat) setengah malam dan barangsiapa solat Subuh (2 rakaat) dan Isyak (4 rakaat) dengan berjemaah, maka dia seperti berdiri (solat) sepanjang malam.”
[H.R. At-Tirmidzi]
Kesimpulan:
Solat dengan imam: Isyak (4 rakaat) + Subuh (2 rakaat) = 6 rakaat = solat sepanjang malam
P.S.: Cara ini untuk yang sibuk kerana tidak sempat solat terawih berjamaah, hadis yang diberikan sebagai galakkan untuk rajin solat berjamaah, sebaiknya carilah masa untuk solat atau sembahyang terawih/malam.
No comments:
Post a Comment